Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.
Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.
Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.
Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.
This blog is designed to remember ourselves as a logical-minded people .. I hope your criticism and comments on all videos, this is for us as a teen-ridden in our surroundings..moreover....enjoy laa~
Popular Posts
-
O Allah,Forgive us,Forgive our sins we have done,please In the name of Allah, The Compassionate, The Merciful Peace and blessings be upo...
-
byk selebriti kite miliki rambut yg cantik,sihat dan bersinar.Ingin tahu apa rahsia mereka?? JOM kite kongsi antara tip-tip yg diamalkan ole...
-
• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la. • Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periu...
-
1. Menjadi diri sendiri Hindari berpura-pura menjadi orang lain yang anda anggap akan disukai oleh orang yang anda sukai. Menjadi orang la...
-
Islam meletakkan ibu di kedudukan tertinggi selepas Allah dan Rasul... Sabda Rasullullah s.a.w:"Tiada seorang pun yang lahir melainka...
-
Design is a plan for arranging elements in such a way as best to accomplish a particular purpose. — Charles Eames Everything is designed. F...
-
assalamualaikumm!!!...ari niee..nenne waalaa..belajar something interesting n new...urm..well today post wasnt in english...sebab bende nie ...
-
Married or not you should read this... “When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to...
-
PINK Our reaction to color is almost instantaneous and has a profound impact on the choices we make everyday. Below is a quick look at ge...
-
Yang SALAH Jodoh tidak perlu dicari . perempuan hanya perlu menuggu Perempuan byk pilihan,sebalinya ...
No comments:
Post a Comment