Popular Posts

Sunday, 24 April 2011

Syabab MUSAFIR demi islam.CONTOHILAH MEREKA..

Ingin saya ceritakan segala ilmu yang ada,namun apakan daya,ilmu yang ditinba masih cetek.secetek sungai yang dangkal.
Mereka yang saya maksudkan ialah 11 syabab dari kemboja yang dtg ke Malaysia utk menuntut ilmu agama.Pada peringat awal kedtgn mereka ke sini,saya tidak anggap ia sesuatu yang penting.Namun ketika cuti semester bermula,saya diarahkan utk menjadi tenaga pengajar bg 11 remaja ini,saya mula mengambil perhatian sepenuhnya.Mereka terdiri drpd remaja yang berusia12 hingga 20 thn.Ah,jujur saja!pada peringkat awal ada sedikit rasa malu menempel di hati.Bagi saya,rupa dan perwatakan mereka layaknya seorg ustaz!...Jadi apakah ilmu saya layak setanding dgn mereka?Namun,inilah tuntutan,inilah dakwah.saya ketepikn rasa malu dan cuba berikan yang terbaik.
SEORANG KADI
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud"tuntutlah ilmu dan belajarlah untuk ketenangan dan kehormatan diri,dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu".Antara mereka yang paling tua ialah seorg remaja yang bernama Ahmad.Wajahnya kelihatan tua drpd usianya yang baru mencecah 19thn.Di kemboja,Ahmad pernah belajar sehingga tamat sekolah rendah,namun setelah itu dia telah beralih ke madrasah utk mendalami ilmu agama.
saya bertanya ttg cita-citanya.Dengan penuh keyakinan dia menjawab ingin menjadi seorg kadi.Saya hanya tersenyum mendengar jawapan itu kerana cita-citanya seperti itu mmg jarang kita dgr dr mulut remaja kita.Tentunya jawapan yg sering diberikan oleh anak-anak remaja ialah engineer,doktor,pilot dan mcm-mcm.Tetapi Ahmad memilih kadi sbg professionnya kelak.Perwatakan Ahmad mmg agak menarik,dia jarang sekali membuang waktu.Jika ada masa,pasti dia membaca.Antaranya impiannya lagi,dia ingin mendalami ilmu agamanya ke mesir di bumi anbia itu.Melihatnya sy teringat kisah Imam al-syafi'i yang sangat mencintai ilmu.mungkin Ahmad masih jauh untuk menjadi seperti Imam al syafi'i,namun ia bukanlah sesuatu perkara yang mustahil.
BERMALAM DI LOKAP DEMI ILMU
Namanya Faiz.Raut wajahnya tenang.Bahkan terpancar keinginan yang kuat utk menuntut ilmu.Saya hampir menangis mendengar kisahnya.Kehidupan menjadikan dia seorang yang merendah diri.Perjalanannya dari kemboja ke Malaysia merupakan suatu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan seumur hidup.Demi sebuah permata  yang bernama ilmu,ibu bapanya meminjam wang daripada orang kampung untuk menampung perbelanjaannya ke malaysia.Setibanya di Malaysia,ketika menghinap di sebuah masjid di johor,harta yang paling penting bagi seorang pelajar antarabangsa iaitu passport hilang ketika sedang tidur.Malah sahabatnya Arifin turut kehilangannya passport.Ketika membuat laporan di balai polis,nasib tidak menyabelahi Fazi.Dia terpaksa menginap di lokap polis selama 4hari.Sahabatnya Arifin agak bernasib baik kerana menyimpan salinan passport.Saya tidak tahu bagaimana rasanya seorang pelajar menginap di "hotel besi"kerana kesalahan yang tidak disengajakan.Untuk menyelesaikan masalah itu,dia terpaksa pulang ke kemboja setelah tamat tempoh 3bulan yang diberikan pihak kedutaan.Pada petang itu,saya melihat dia sedang termenung.Apabila ditanya,sahabat-sahabatnya menjawab,"dia sedih kalau kene balik kemboja dan tak dapat balik ke sini semula(malaysia)".Dia mengiyakan jawapan drpd sahabtnya melalui senyuman dan matanya yang berkaca-kaca.Kesusahan hidup,impian dan harapan kedua orang tuanya,mungkin itulah difikirkan.
SI KECIL ADNAN
Dia menjadi kesygn kami di madrasah kecil ini.Adnan namanya ,seorg kanak-kanak yang berusia 12thn,perwatakannya  manja namun jiwanya perkasa.seperti Ahmad,Fazi, dan Arifin,Adnan juga  dtg membawa seribu harapan,menjadi seorg yang berilmu.Pertama kali saya melihat air matanya menitis waktu saya bertanya,"Adnan tahu membaca"?...ketika itulah dia terus menangis tersenguk-sengak.Adnan seorang yang cerdas dan cepat belajar,namun kesusahan hidupnya di kemboja menjadikannya lambat membaca.Meskipun itu kekurangannya,dia dpt membaca al-quran dgn baik.Alhamdullillah.Dia seorang yang sgt berdikari.Segalanyan dilakukan sendiri termasuklah mencuci pakaian sekolahnya sendiri.
Pada  suatu waktu dia berkata kepada salah seorg guru di madrasah."ustazah,jubah ini ibu saya yg jahitkan,Ibu sy pandai mejahit".kami semua tersenyum.Jubah putih yg bersih yg dipakainya setiap hari itu pengubat hati dan rindunya kepada sand ibu.Dia berceritsa dgn bangga bahawa ibunya boleh menjahit apa-apa saja.
SEORANG HAFIZ
Suaranya lantang dan maskulin.Brsemangat ketika membaca ayat suci al-Quran.Dia antara yang termuda,baru berusia 13 thn.Keningnya yang tebal dan matanya yang tajam menjadikan Abdul Aziz kelihatan tegas,namun hakikatnya dia mempunyai senyuman yg manis dan termasuk antara yg suka berjenaka.Suaranya yg lantang sering menjadikannya sebagai bilal pilihan.Setiap kali masuk waktu solat,Abdul aziz ditolak ke hadapan untuk melaungkan azan dan kami semua diam dan terpegun mendengar lantunan azannya,seperti seruan seorang mujahid di medan perang.Dia sudah pun menghafal 3juzk al-quran namun terhenti di situ,apabila terpaksa berhenti belajar di madrasah di kemboja.Kini dia ingin menyambung cita-citanya untuk menjadi seorang hafiz al-quran.setiap kali ada kesempatan dan waktu terluang,al-qurankecil berwarna hitam pasti akan dikeleknya.dibuka dan dibacanya sekuat hati.Jika dibandingkan dgn anak remaja skrg,apa lagi yg seusia abdul aziz,jarang kita temui yang ingin memegang al-quran ke mana-mana.kebanyakkan suka memegang hanphone atau laptop.sungguh beruntung mereka yang masih terjaga dan dijaga kesucian hatinya drpd dicemari pesona dunia tanpa sempadan.kelak dunia Islam akan dipimpin oleh mereka yang mempunyai al-quran di hatinya dan menjadikan al-quran sebagai peribadinya.
CITA-CITA DAN HARAPAN YANG SAMA
Selain drpd 4 org remaja ini,masih ada Wan Ahmad,Fauzi,Naim,Farin dan Solihin.Mereka semua sama,membawa cita-cita ingin menjadi seorang ulama terkemuka.Bukan sekadar ulama yang menguasai agama,bahkan ulama yang turu mengetahui ilmu pengetahuan.Mereka dtg dr sebuah negara yg dahulunya dikuasai oleh kekejaman komunis pol pot.Bukan sahaja org dewasa,malah wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa sehingga menjadi suatu ketakutan bagi para penduduk beragama islam. Bahkan mereka yg berani tunjukkan identiti sbg seorg muslim akan hilang begitu sahaja tanpa jejak.
Kini Kemboja kembali bangkit dan pemuda pemudi Islam kembali bertebaran di atas bumi Kemboja utk menyebarkan islam.Mereka sama sekali tidak kenal istilah lepak di pusat beli-belah,leka di tmpt internet,membuang masa dan tenaga.Bagi mereka,kini islam adalah segala-galanya.Semoga mereka ini kelak menjadi pelopor-pelopor  bagi kebangkitan Islam di tanah air mereka Kemboja..AMIN!!!...



.

No comments:

Post a Comment